MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga
kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu
dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para
guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan
sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.
Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang
bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru
mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi.
Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya
mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan
perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah
pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada
amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru
yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam
Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah
sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan
bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya
Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan
Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu
mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar beritaberita
yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap
pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan
profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus
terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan(EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977).
Pengamalan EPP di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat
profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan
pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah dimaktubkan
dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti
berikut;“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.
Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dijayakan. Sepanjang pengetahuan pengkaji, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah terlalu sedikit. Pengkaji merasakan perlu meneruskan usaha ini bagi menambahkan hasil dapatan kajian. Hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap amalan EPP di sekola dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru mengamalkan EPP secara berterusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment