Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan
Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, “Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu”. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.
Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut.
Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment